I REALLY LOVE THIS KIND OF JOKE hahahaha

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
 

Suami   : Lelaki kawin 3 baru lah sah
 
Isteri     : Kenapa pula? 
Suami   : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" 
               isteri (is three). Baru betul dan sah!. 
Isteri     : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural" 
Suami   : Berkenaan apa tu? 
Isteri     : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural" 
Suami   : Contohnya? 
Isteri     : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya? 
Suami   : Ohhh… tambah huruf "s" untuk yang plural 
Isteri     : Betul tu. Sama juga la untuk abang 
Suami   : Macam mana pula boleh sama? 
Isteri     : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS 
             
tambah "s" je, kan? 

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…

Leave a Reply