Archive for December, 2005

KAN DAH KENE….

Thursday, December 15th, 2005

"Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara" Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur " Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang" Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "

SIAN BUSHH KEKEKKEKEKE

Thursday, December 15th, 2005

Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini… dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata… "Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini… saya pasti tunaikan.." "Well", kata Bush… "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri… tapi tidak pernah mendapat melakukannya." "Wah," kata pemandu.. "Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.." Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama… Bush lupa untuk berhenti di lampu merah.. Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya… polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush… dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya. "Tuan.." kata Polis itu "Saya baru saja menahan seorang pembesar." "Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?" "Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita" "Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?" "Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi." "Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

JANGAN TIRUUUU……..

Thursday, December 15th, 2005
Dalam satu kejiranan… bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi…..korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo…..patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo…..begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan ‘patung’ itu lalu berkata, "nah….makanlah.". Si ‘patung’ berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la….. Tak macam awak……….dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"