Archive for October, 2005

TAMBUNAN STORY

Tuesday, October 25th, 2005

Nah kan sia mau bosorita dah ni pasal kes tambunan tempoh hari kekeke,mmg sia tidak sangka buli jumpa few of pren dari faf mmg semua sapurting abis yg endak pigi tu rugi ka sbb endak dapat rasa keadaan sebenar hihi, apa2 pun sia kasi kungsi la sikit2 ttg ging2 faf di tambunan….

sia mau kasi panjang sorita malas mau kasi pindik endak siok pula :D cam mana ahhh yg siok kekeke… ok cam ni la sia sorita sikit2 yg sia ingat :D

Bisuk sambunggg sia mengarang lu ni malam :D jgn marah

`Baliklah, ibu ayah kami rindu’

Wednesday, October 19th, 2005

Ibu, ayah, kami rindu. Hidup di sini susah, duit belanja tak ada. Kalau nenek sihat kami ada makan, kalau tak, kami berlapar. Baliklah, walau sekali. Kami mahu lihat wajah ibu dan ayah.”

Begitulah luahan hati Siti Aishah Mohd. Jaafar, 12, kepada ibu bapanya yang telah meninggalkan dia dan tiga orang adiknya bersama nenek mereka, Normah Sutan Temegung, 58.

Dengan linangan air mata, riak wajahnya menampakkan rayuan yang bersungguh-sungguh kepada mereka agar kembali untuk memberikan kasih dan sayang.

Sejak `ditinggalkan’ pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dengan pemberian duit raya sebanyak RM1 setiap seorang, ibu bapa kanak-kanak malang itu terus menghilangkan diri.

Siti Aishah dan adik-adiknya, Mohd. Nor Fitri Mohd. Jaafar, 10, Siti Shafinah Mohd. Jaafar, 8, dan Mohd. Lokman Mohd. Jaafar, 6, terpaksa menumpang kasih bersama neneknya, seorang balu dan penghidap darah tinggi, dalam keadaan yang miskin.

Mereka juga tidak punya sanak saudara untuk bergantung nasib.

“Kami sudah tidak punya tempat berteduh. Saya kumpul bahan terbuang seperti kotak, suratkhabar dan tin kosong untuk dapatkan RM10 seminggu selain bantuan sebanyak RM250 sebulan daripada Pusat Zakat Selangor,” kata Normah.

Namun, banyak yang tidak dapat diberi kepada cucunya itu.

Sebagai makanan harian mereka mendapat nasi berlaukkan kicap.

Di sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Selayang Baru, kanak-kanak tersebut mendapat makanan percuma menerusi Rancangan Makanan Tambahan tanpa duit belanja.

“Kalau ada pun, saya hanya mampu beri 10 sen setiap seorang,” kata Normah kepada pemberita di kediaman di Selayang Baru, dekat sini.

Apabila tiba musim perayaan, hati Normah begitu sedih kerana tidak mampu meraikannya sebagaimana orang lain, iaitu dengan pakaian yang baru dan makanan yang enak serta mewah.

Nasib keluarga malang itu itu bagaimanapun mendapat perhatian Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO apabila Setiausahanya, Zaini Othman, menyampaikan sumbangan berjumlah RM500 kepada Normah di rumahnya.

“Pihak Pemuda berharap sumbangan ini akan dapat meringankan beban Normah dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri,” katanya yang mewakili Pengerusinya, Datuk Subahan Kamal yang tidak dapat hadir atas sebab kematian bapanya hari ini .

Zaini menambah, pihaknya juga sedang berusaha dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mempercepatkan pemberian bayaran bantuan bulanan kepada mereka yang dipohon beberapa minggu yang lalu.

“Selain itu, kami juga sedang mencari tempat tinggal yang lebih sesuai dan selesa untuk mereka, seelok-eloknya berhampiran dengan sekolah cucu-cucu Normah,” katanya lagi.

Pihak yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional 1411629000075604 atau alamat No. 14, Jalan 26, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor.

Sedih aku sedih, nak tau baca la uwa uwa uwa

Tuesday, October 11th, 2005

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan
saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak
dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku

baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena
mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,
memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah. "Kan
papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah,
papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata
dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata
hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka
saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia
beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke
arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan
kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua
minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena
tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas
memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan
bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil
tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah
bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap
makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya.
Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak
terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu
dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika,
sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak
dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum
meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai
diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak
saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat
hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya
dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya
tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama,
Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka
matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun
sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di
tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri
dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan
cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil
Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan
berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar
jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan
sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya
bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti
menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap
Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka
matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.
Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena
masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun
berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan
oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang
bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Reasons why I never visit my rich friend

Tuesday, October 11th, 2005

Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and…..

Question : "What would you like to have..Fruit juice, Soda, Tea,
Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?"
Answer: " Tea please"
Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea,Bush tea, Honey bush tea, Iced tea or green tea ?"
Answer : "Ceylon tea "
Question : "How would you like it ? black or white ?
Answer: "white"
Question: "Milk, or fresh cream?
Answer: "With milk "
Question: "Goat’s milk, or cow’s milk"
Answer: "With cow’s milk please.
Question: " Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: " Um, I’ll just take it black. "
Question: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar"
Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar "
Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Forget about the tea, just give me a glass of water instead."
Question: "Mineral water, tap water or distilled water? "
Answer: "Mineral water"
Question: "Flavored or non-flavored ?"
Answer: "I think I’ll just die of thirst

TEKA-TEKI TEKA TEKUP

Tuesday, October 11th, 2005

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Pembohong…

Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati…’?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sebab lelaki ni kan ‘buaya’

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik………………’Selamat pagi tuan’
Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni tuan’

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang…hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah……

Phua Chu Kang teaching sex education

Tuesday, October 11th, 2005

Chu Kang ( PCK ) explaining sex to Chu Beng’s son, Aloysius

………

Aloy : Why is making love so enjoyable ?

PCK : Aiyah, ah boy, enjolable becaws, same like when you dig your

nose with your finger mah !

Aloy : Do you think women enjoy sex more than men ?

PCK : Of course woman lah ! When you dig dig your nose, your nose feel better than your finger, right ?

Aloy : Why do women hate it when they get raped ?

PCK : Ai-yah ! Say, you walk along the load, den someone come over and dig your nose, you like or not ? Ehhh ? Don’t pray pray ah !

Aloy : Why is it a woman cannot have sex when she is having her menses?

PCK : Oy !! If your nose bleeding, you still go and dig meh?? Siow ah ! Use your blain, use your blainnn ……….

Aloy : Why is it most men don’t like wearing condoms when they are making love ?

PCK : Ehhhh, when you dig your nose ah, you like to dig with a glove on your finger or not ? Not the same shiok feeling mah.

Corlight or not?

Aloy : Why is making love carried out in private ?

PCK : Ah boyyyyy, use your blain, use your blainnnnn ……………… you

go and dig your nose in flont of your whole class izit ?? Stupid lah!!

Aloy : Wah …… Uncle Chu Kang, you are very good.

PCK : Aiyah …… ," Best in

Singapore

, JB, some say Batam, and now, the whole world!" 

also ah!!!

Kekekekkeke belajar la

KAN DAH KENE Kekeke…..

Thursday, October 6th, 2005

KES TAK BERTEGUR SAPA

Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham… dan tak
bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam
mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya..Si suami ni dapat
idea..lalu dia tulis satu nota

"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun… dia nak marah pun ada …nak ketawa
pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?… si suami ni terjumpala nota

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"

NAK TAU BACE LEEEE…..

Thursday, October 6th, 2005

CUCI PERUT PAGI2 TEDA SALAH BAH!!!! Pip…..

DIALOGUE ANTARA LEMBU & AYAM 

Ayam  :   Manusia ni memang pentingkan diri sendiri! 
Lembu :   Kenapa kau kata macam tu?
Ayam  :   Tengoklah. Apa mereka buat kat aku! 
Lembu :   Hah! Buat apa pulak?
Ayam  :   Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua 
              tiga ekor. 
              Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. 
              Tapi manusia 
              ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan 
              telor aku, 
              macamana aku nak dapat anak! 
Lembu :   Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam  :   ?? Maksud kau? 
Lembu :   Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
               bunuh diri pun ada.
               Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang
               pun tak pernah
               panggil aku MAK! 

Ayam  :   ?? (Dalam hati:Kureng Asem Tak boleh pakai punya lembu!) 

BELAJR NI PENTING MOTI kekeke

Wednesday, October 5th, 2005

Soalan: haloo, may i speak to ina please?
Jawapan:  maap.sini  bukan balai polis

Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat  sane..

Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung,hanye boleh  dicampur.

Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah,bapak ade pasal rumah ni bapak  yang beli.

Soalan: haloo ina, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon  ni..

Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye… time kacih.

Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

Soalan: halloo……
jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda  ingin mendaftar?

Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betulle tu.

Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib  jawab)

P/s: Kalau kana maki hamun tanggung sendiri :D

GULIK2 LU JAP BACA LAWAK

Wednesday, October 5th, 2005
Lawak 1
SUAMI  :  KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI :  SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDINGLAH BANG…
SUAMI  :  BUKU APA?
ISTERI :  BUKU BANK ABANGLAH….

Lawak 2
Pada  satu  petang,  si  ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2.
Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak   :  Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu    :  Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg
nak
melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak   :  Itupun sedara kiter jugak ke???

Lawak 3
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki :  derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka
pintu.
budak  :  derma ape bang?
lelaki :   derma  untuk  rumah  orang-orang  tua. adik  ada  apa-apa
untuk
didermakan?
budak  :  nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki :  ?????

Lawak 4
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid  :  Mengapa?
Siti   :   Saya  dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum
tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid  :  Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti   :  Erkkkkkk…….. Benci ………

Lawak 5
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.  Namun pemandu motor
tersebut
tidak berhenti.  Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!

Lawak 6
Ada  3  sekawan  bernama  Gaduh,  Gila & Bendul.  Ditakdirkan Gaduh
hilang.
Bendul pun membuat laporan polis.
Bendul :  Encik, I nak cari Gaduh.
Polis  :  Isk.. apa??  U ni Gila ke ?
Bendul :  Uik mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis  :  Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul :  I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !
Polis  :  #@%

Lawak 7
Dalam  kebun  ada  bermacam  buah,  tiba2  kebun tu terbakar; semua
buah2an
musnah kecuali 2 buah je yang terselamat..  buah ape ek?
1.  buah cempedak = diluar pagar
2.  buah keranji = didalam perahu,dah dibawa belayar… jgn marah
haaaa….